MESYUARAT MAJLIS BERSAMA JABATAN KONTINJEN MELAKA

Pada 1 Julai, 2022 bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 3, IPK Melaka jam 2.00 petang telah berlangsung Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan Kontinjen Melaka Bil 1/2022 dimana ianya telah dihadiri oleh Pengerusi PACSU Melaka Sdr Khairi bin Thani bersama Setiausaha Pacsu Melaka Sdri Siti Aishah bt Othman,

Mesyuarat ini buat pertama kalinya disertai oleh Pengerusi PACSU Melaka sejak mengambil alih jawatan tersebut.  Kehadiran melibatkan Pegawai Kanan IPK serta semua kesatuan-kesatuan yang terlibat iaitu Pacsu, PPRPD dan Kesatuan Pegawai Kanan Polis.  Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Dato Zainal bin Hj Samah Ketua Polis Melaka

Banyak isu yang dibincangkan dan Pengerusi PACSU sendiri membawa usul mengenai Waktu Bekerja Fleksibal.  Isu ini telah diambil maklum dan dilaksanakan.  Mesyuarat ini berakhir jam 5.00 petang

IMG-20220701-WA0061IMG-20220701-WA0059

,