Pada 26 Okt 2022 jam 3.00 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Tingkat 3 IPK Melaka telah diadakan satu Mesyuarat Khas Cuepacs Melaka yang dipengerusikan oleh Pengerusi Cuepacs Melaka Sdr Norman dan semua AJK Cuepacs Melaka yang terdiri dari wakil-wakil Kesatuan Gabungan Cuepacs Melaka.
Mesyuarat Khas ini adalah bertujuan membincangkan mengenai persiapan Persidangan Perwakilan Cuepacs Melaka yang dijangkakan akan diadakan pada 25 Sept 2022 nanti di Dewan Hang Tuah, Melaka,
Pelbagai isu berkaitan dibincangkan dan semua Kesatuan diminta mula menghantar senarai Perwakilan masing-masing mengikut kuota yang telah ditetapkan. Memandangkan Persidangan Tritahunan Cuepacs ini juga akan mempertandingkan jawatan-jawatan sedia ada sebagai Pegawai Kanan Cuepacs Melaka maka semua kesatuan juga digalakkan menghantar pencalonan untuk jawatan-jawatan tersebut.
Mesyuarat Khas ini ditangguhkan sekitar jam 5.00 petang.