Pada 9 Ogos, 2022 bertempat di Bilik PACSU, Tingkat 2, IPK Melaka telah diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pacsu Melaka Bil 3 Tahun 2022. Seperti biasa mesyuarat ini dipengerusikan oleh Sdra. Khairi bin Thani, Pengerusi PACSU Melaka.
Kehadiran seramai 23 orang ke Mesyuarat tersebut membincangkan isu-isu semasa antaranya cadangan menganjurkan Family Day pada Sept 2022. Selain itu terdapat cadangan lain untuk bulan-bulan yang akan datang.
Mesyuarat berakhir jam 12.30 tengahari. Mesyuarat diakhiri dengan menyampaikan sumbangan kutipan wang untuk ahli-ahli dan keluarga ahli yang terkesan sakit yang kronik. Selepas itu semua Jawatankuasa yang hadir dijemput menikmati hidangan yang telah disediakan.