Pada 25 Jun, 2022 telah berlangsung Mesyuarat Agong PACSU Negeri Melaka Bil 55 yang diadakan di Dewan Utama, IPK Melaka. Mesyuarat Agong ini telah dipengerusikan buat pertama kalinya oleh Sdr Khairi bin Thani, Pengerusi PACSU Melaka.
Mesyuarat ini telah disertai oleh hampir 200 orang ahli dan turut dihadiri oleh Presiden Pacsu Malaysia, Sdr Anuar bin Mamat bersama Setiausaha Agong PACSU Malaysia Sdr Mohd Azli dan Pegawai Pelajaran Pacsu Malaysia Sdr Syed Ahmad
Mesyuarat telah dimulakan oleh Sdr Khairi dan pelbagai isu turut dibincangkan mengikut agenda yang telah disediakan. Turut membantu Presiden, SUA dan Pegawai Pelajaran untuk memastikan Mesyuarat Agong ini berjalan lancar. Mesyuarat ditangguhkan sekitar jam 11.00 pagi.