MAJLIS PERHIMPUNAN CUEPACS MALAYSIA DI SABAH…….

Pada 10 Jun, 2022 bertempat di Megallan Sutera Resort Kota Kinabalu telah diadakan Majlis Perhimpunan Cuepacs Bagi Desakan Kenaikan Gaji & Turunkan Harga Barang.  Majlis ini menghimpunkan Ahli-Ahli Pelbagai Kesatuan di bawah Cuepacs berhimpun dan menaikkan sepanduk sebagai desakan terhadap kenaikan gaji & penurunan harga barangan.  Majlis ini diterajui oleh Dato Adnan bin Mat, Presiden Cuepacs Malaysia

PACSU Malaysia juga tidak ketinggalan menghantar Pegawai Kanan PACSU Pusat & EXCO untuk turut hadir bersama sepanduk yang dipasang menyokong Cuepacs untuk mendesak kenaikan gaji & penurunan harga barangan. PACSU Melaka dihadiri oleh Sdr Khairi bin Thani, Pengerusi PACSU Melaka dan Sdr Syed Ahmad bin Syed Shahardin, Pegawai Pelajaran PACSU Pusat.

Majlis berlangsung dengan penuh semangat dimana Presiden Cuepacs dengan lantang mengetuai semua delegasi yang hadir bersepakat mendesak kerajaan agar  menaikan gaji penjawat awam dan penurunan harga barang.

IMG-20220610-WA0066 IMG-20220610-WA0078 IMG-20220610-WA0080 IMG-20220610-WA0081 IMG-20220610-WA0110 IMG-20220610-WA0112 IMG-20220610-WA0116 IMG-20220610-WA0119 IMG-20220610-WA0124 IMG-20220610-WA0133 IMG-20220610-WA0135 IMG-20220610-WA0144 IMG-20220610-WA0145 IMG-20220610-WA0153

,