Pada 25 Jun 2022 bermula jam 12.30 tengahari telah berlangsung Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri PACSU Melaka Tahun 2022. Sambutan hari raya ini diadakan selepas selesai Mesyuarat Agong PACSU Melaka Bil 55 yang dirasmikan ileh YDH Dato Zainol bin Abu Samah, Ketua Polis Melaka.
Majlis Sambutan Hari Raya ini turut dihadiri oleh YDH Dato Ketua Polis Melaka, YDH Datuk Timbalan Ketua Polis Melakam Ketua-Ketua Jabatan IPK dan Ketua Polis Daerah disamping kehadiran Presiden PACSU Malaysia, Setiausaha Agong PACSU Malaysia dan Pegawai Pelajaran Pacsu Malaysia.
Majlis Sambutan Hari Raya ini menyaksikan hubungan baik Pacsu Melaka dengan Ketua Polis Melaka, Timbalan Ketua Polis Melaka dan Ketua-Ketua Jabatan & Daerah disamping merapatkan lagi hubungan diantara ahli yang hadir.
Sambutan Hari Raya ini dimeriahkan lagi dengan cabutan bertuah dan hadiah untuk best dress ahli yang menyerlah bersempena tema hari raya. Majlis berlangsung dengan meriah dan berakhir jam 4.00 petang.