Pada 17-19 Februari, 2022 telah berlangsung Kejohanan Karom Piala KPN yang diadakan di Pengkalan Chepa, Kelantan Darul Naim. Kejohanan ini melibatkan penyertaan semua negeri di Semenanjung Malaysia.
Kejohanan Karom Piala KPN kali ini menyaksikan penyertaan 3 orang Ahli PACSU Melaka mewakili Kontinjen Melaka bersama anggota. Antaranya Pengerusi PACSU Melaka sendiri, En. Rosdee Khalil dari JIPS Melaka, Pn. Zalwani dari Alor Gajah.
Perlawanan agak menarik kerana saingan yang agak hebat sehingga ada perlawanan yang berlanjutan hingga malam. Pertandingan ini melibatkan Single Lelaki, Single Wanita, Bergu Lelaki, Bergu Wanita & Bergu Campuran.
Kontinjen Melaka menunjukkan prestasi yang agak baik kerana tahun ini mampu mencapai sehingga Suku Akhir. Insyaallah kami akan cuba yang terbaik untuk tahun akan datang dan semuga lebih ramai ahli Pacsu akan menyertai.