Pada 17-19 Mei, 2022 bertempat di Pusat Latihan Asas Kepolisian di Kedah telah berlangsung satu Bengkel Pengurusan PACSU 2022 yang melibatkan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari & AJK Pacsu seluruh Malaysia untuk menjayakan Bengkel Pengurusan Pacsu yang bertujuan untuk memberikan pendedahan terutama kepada Pengerusi & Jawatankuasa yang baru untuk mengetahui serba sedikit pengetahuan asas sebagai Jawatankuasa Pacsu di negeri masing-masing.
Bengkel yang diadakan selama 3 hari 2 malam ini diisi dengan pelbagai aktiviti antaranya bengkel perbincangan mengenai tatacara melaksanakan Mesyuarat Agong di negeri masing-masing disamping mengetahui peranan setiap tugas & tanggungjawab setiap jawatan tersebut.
Bengkel ini juga diselitkan dengan aktiviti riadah, ceramah JHEKS, kuliah subuh dan Majlis Makan Malam bersama Pegawai Kanan dan istimewanya dapat bersama dengan Presiden Cuepacs Malaysia Tuan Adnan bin Mat
Bengkel ini dirasmikan penutupannya oleh YDH Tuan Adnan bin Mat Presiden Cuepacs Malaysia dan bengkel ini telah disertai oleh 4 ahli Pacsu Melaka yang terdiri dari Pengerusi Sdr Khairi bin Thani, Setiausaha Sdri Siti Aishah bt Othman, Sdri Haslinda, Sdri Faziyanti.
Program berjalan lancar dan kami merasakan bahawa Bengkel ini telah memberikan banyak pengetahuan buat kami semua dan seharusnya aktiviti ini diteruskan untuk masa-masa akan datang.