KURSUS PENGURUSAN KESATUAN SEKERJA 1.0/ 2022

KELANTAN- 14 MAC 2022 (Isnin) satu program ” Kursus Pengurusan Kesatuan Sekerja 1.0/2022 ” telah diadakan di Sudara Beach Resort, Bachok, Kelantan. Program berlangsung selama 1 hari ini mendapat sambutan meriah daripada pelbagai kesatuan.

Kursus ini dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Kesatuan sekerja Terengganu dan Kelantan. Program bermula pada jam 8.00 pagi dimulai dengan pendaftaran para peserta , bacaan doa seterusnya kata alu-aluan dan taklimat CSR daripada Pengarah Kesatuan Sekerja Terengganu dan Kelantan. Sesi pertama adalah ” Program Tanggungjawab Sosial Korporat ( CSR) Bersama-sama Kesatuan Sekerja ” amat menarik dengan slot keharmonian di tempat pekerjaan yang disampaikan oleh Jabatan Perhubungan Perusahaan Negeri Kelantan.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ybrs. En. Kamal bin Pardi, Ketua Pengarah, Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Malaysia dan penyampaian sijil kesatuan contoh serta sesi fotografi bersama tuan Pengarah. Peserta diberi rehat selama 1 jam dan program bersambung tepat jam 2.00 petang dengan slot bertajuk Taklimat Peranan dan Tanggungjawab Pegawai-pegawai Kesatuan dalam pengendalian Kewangan Kesatuan dan Pengendalian Mesyuarat Agung dan Pemilihan Pegawai Kesatuan Sekerja yang disampaikan oleh Cik Rumasya Nadia binti Mohd Suhaimi, Penolong Pengarah Kesatuan Sekerja Terengganu dan Kelantan. Slot terakhir Latih Amal Peranan dan Tanggungjawab Pegawai-pegawai Kesatuan dalam Pengendalian Kewangan Kesatuan serta Pengendalian Pemilihan Pegawai Kesatuan Sekerja yang disampaikan oleh En. Nur Azhan bin Alias, Pegawai Kesatuan Sekerja Terengganu dan Kelantan. Program ditangguhkan pada jam 5.30 petang.

HoneyDew
EditorKelantan
PACSU Cawangan Kelantan

 

 

 

,