27 Jun 2022 – YDH CP Dato’ Kamarul Zaman Bin Mamat telah merasmikan Mesyuarat Agung Pacsu Cawangan Johor Kali Ke-66 Tahun Bagi Sesi 2021/2024 bertempat di Hotel GBW, Johor Bahru.
Ketibaan YDH Ketua Polis Johor telah disambut oleh YBHG. Puan Hasniyanti Binti Mohamed, Pengerusi PACSU Johor. Majlis dimulakan dengan amanat YBHG. Presiden PACSU Malaysia, amanat oleh YBHG. Dato’ Presiden CUEPACS Malaysia dan diteruskan lagi dengan Perasmian Mesyuarat Agung PACSU oleh YDH Ketua Polis Johor.
Turut hadir, Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Polis Daerah, YBHG. En. Anuar Bin Mamat, Presiden PACSU Malaysia, YBhg Dato’ Haji Adnan Bin Mat, Presiden CUEPACS Malaysia, YM Raja Idris Bin Raja Ali, Pengerusi CUEPACS Negeri Johor serta Ahli-ahli PACSU Johor.