IPOH, 07 Julai 2022 : Bertempat di Bilik Gerakan Tingkat 2 Majlis Bandaraya Ipoh Perak telah berlangsungnya Majlis Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Perak Tahun 2022 bersama Presiden CUEPACS YBHG. Dato’ Haji Adnan bin Mat dengan kerjasama ANULAE MBI & Kesatuan-kesatuan Gabungan CUEPACS Negeri Perak.
Turut hadir Naib Presiden PACSU Pusat Sdra. Mohd Fadli Bin Mohd Noor, Pengerusi PACSU Perak Sdra. Mohammad Zameer bin Mohamed Akaram, Setiausaha PACSU Perak Sdri. Rosdiah binti Safri serta dihadiri oleh barisan ahli-ahli jawatankuasa PACSU Cawangan Perak.