27 Jun 2022 – Majlis Makan Malam Sempena Mesyuarat Agung Kali Ke-66 Tahun PACSU Cawangan Negeri Johor Bagi Sesi 2021/2024 telah diadakan di Hotel GBW, Johor Bahru.
Kehadiran YDH CP Dato’ Kamarul Zaman Bin Mamat, Ketua Polis Johor bersama isteri Ybhg. Datin Suriati Binti Muhamad, Pengerusi PERKEP Kontinjen Johor telah disambut oleh Ybhg. Puan Hasniyanti Bin Mohamed, Pengerusi PACSU Johor.
Turut hadir, Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Polis Daerah, Ybhg. En Anuar Bin Mamat, Presiden PACSU Malaysia, Ybhg Dato’ Haji Adnan Bin Mat, Presiden CUEPACS Malaysia, Ym Raja Idris Bin Raja Ali, Pengerusi CUEPACS Negeri Johor serta Ahli-ahli PACSU Johor.