Pada 3 Feb 2022: Ahli & Jawatankuasa PACSU Melaka telah mengadakan lawatan ilmu ke Pameran Nasyrul Quran di Precint 14, Putrajaya bagi menyaksikan sendiri bagaimana pembuatan Al-Quran di Putrajaya. Seramai lebih 40 orang Ahli & Jawatankuasa PACSU Melaka telah hadir dengan menaiki bas PDRM Melaka.
Deligasi PACSU Cawangan Melaka telah dibawa melawat sekitar Pusat Pameran Al-Quran dan kami berkesempatan melawat terus ke kilang pembuatan Al-Quran di tingkat bawah Pusat Pameran. Lawatan yang hampir 4 jam itu telah memberikan gambaran secara lebih dekat tentang bagaimana Al-Quran dicetak dan dijilidkan.
Sebelum pulang kami sempat membeli pelbagai cenderahati yang dijual di pameran tersebut. Ada yang membeli naskah Al-Quram, buku-buku agama dan sebagainya untuk dibawa balik sebagai satu kenangan kami menyertai pameran ini.