Kuala Lumpur; 11 Februari 2022 (Jumaat) – Seramai 70 orang ahli PACSU Bukit Aman telah sama-sama menjayakan Program Gaya Hidup Sihat yang diadakan di Laman Perdana Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur. Kali ini PACSU Bukit Aman telah memilih Zumba sebagai aktiviti gaya hidup sihat. Aktiviti ini diketuai oleh jurutunjuk (instructor) yang dijemput khas iaitu ZIN Ijan.
Turut memeriahkan program ini adalah Timbalan Setiausaha Agung PACSU Malaysia, Saudara Rohaizad bin Khalil. Program ini berlangsung selama satu jam dan tamat kira-kira jam 4.30 petang.