IPK Pahang, 30/5/2022 (Isnin) – Mesyuarat AJK PACSU Cawangan Pahang Bil. 1/2022-2023 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Baka, Tingkat 1, Kompleks PDRM Alor Akar pada jam 2.30 petang. Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan peranan – peranan setiap AJK bagi menghadapi Mesyuarat Agung Tahunan PACSU Cawangan Pahang kali ke 50 yang akan diadakan pada Khamis, 23 Jun 2022.