Ayer Keroh, Melaka 02/06/2022 – Bertempat di Melaka International Trade Centre (MITC) Ayer Keroh, Melaka, PACSU Negeri Sembilan telah menerima Geran Pembangunan Kesatuan Sekerja 2022 bagi Zon Selatan daripada Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja yang telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Kementerian Sumber Manusia Ybhg. Datuk Muhd Khair Razman Bin Mohamed Annuar.
PACSU Negeri Sembilan telah dihadiri oleh Pengerusi dan Setiausaha bagi penerimaan geran pada majlis ini. Turut hadir pada majlis penyerahan ini adalah Presiden CUEPACS Malaysia Datuk Adnan Bin Mat.