Pada 31 Mac, 2022 telah dilaksanakan Mesyuarat Jawatankuasa PACSU Melaka Bil. 2 Tahun 2022 bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 3, IPK Melaka. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Sdr Khairi bin Thani selaku Pengerusi PACSU Melaka. Mesyuarat telah dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa, Jawatankuasa Biro-Biro, Wakil-Wakil Daerah & Perwakilan…..
Mesyuarat berlangsung dari jam 9.30 pagi hingga 1.00 tengahari. Banyak agenda yang dibincangkan antaranya perbincangan mengenai AGM yang akan diadakan pada penghujung Mei 2022 bersama Majlis Hari Raya PACSU Melaka & Majlis Persaraan Ahli PACSU Melaka.
Mesyuarat ditangguhkan jam 1.15 tengahari. Alhamdulillah perbincangan yang diadakan dapat membantu jawatankuasa merancang dan mengurus aktiviti yang akan dilaksanakan.