Pada 6 Mac, 2022 jam 9.00 malam bertempat di Tanjung Villa Resort Hotel, Terengganu telah diadakan Mesyuarat Exco Pacsu Bilangan 1 Tahun 2022. Pengerusi Pacsu Melaka, Sdr Khairi bin Thani telah buat pertama kalinya menyertai mesyuarat tersebut setelah diberi kepercayaan dan dilantik menjadi Pengerusi PACSU Melaka yang baru pada 6 Dis, 2021 yang lalu menggantikan Sdr Syed Ahmad yang dilantik menjadi Pegawai Pelajaran PACSU Pusat.
Mesyuarat yang berlangsung hampir 4 jam tersebut telah membincangkan pelbagai isu untuk memajukan lagi Pacsu dimana semua Pegawai PACSU Pusat & Exco-Exco negeri berbincang dan mencari jalan terbaik untuk memajukan PACSU.
Di penghujung mesyuarat tersebut Presiden PACSU menyampaian beberapa anugerah pada Exco-Exco Negeri dan perlantikan jawatankuasa biro-biro PACSU Pusat. Melaka telah diumumkan buat kali ketiga sebagai Anugerah Laman Web PACSU Terbaik untuk mesyuarat kali ini. Alhamdulillah semuga Pacsu Melaka akan terus mendapat anugerah-anugerah terbaik ini.
Mesyuarat ditangguhkan sekitar jam 1.00 pagi.