Majlis Hi Tea PACSU Cawangan Kelantan telah diadakan pada 28.10.2021 bertempat di DCZ Seaview Seafood PCB Beach Resort, Kota Bharu, Kelantan. Majlis yang bermula pada jam 2.00 petang di rasmikan oleh Ydh Dato’ Ketua Polis Kelantan.
Majlis anjuran PACSU Cawangan Kelantan ini diadakan bersempena meraikan Sambutan JUBLI EMAS yang ke 50 tahun. Antara jemputan lain yang turut menghadiri majlis tersebut ialah Ydh Dato’ Timbalan Ketua Polis Kelantan, Ybrs Presiden PACSU Malaysia, Ybrs Pengerusi CUEPACS Kelantan, Ydh Ketua-ketua Jabatan dan juga Ydh Ketua-Ketua Polis Daerah. Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Pegawai-pegawai Kanan PACSU Pusat serta beberapa orang EXCO PACSU.
Majlis yang dihadiri oleh seramai 200 tetamu turut dilengkapkan dengan persembahan dari tetamu undangan dan ahli kesatuan serta acara cabutan bertuah. Dalam majlis ini juga upacara pelancaran pelitup muka edisi Jubli Emas PACSU Kelantan turut dilancarkan oleh Ydh Dato Ketua Polis Kelantan sebagai tanda solidariti jabatan kepada Pegawai Awam Kontinjen Kelantan.
Majlis berakhir pada jam 5.00 petang dan pujian harus diberikan kepada semua pegawai serta AJK PACSU Cawangan Kelantan kerana telah berjaya dalam penganjuran Majlis Hi Tea PACSU Cawangan Kelantan sempena Sambutan Jubli Emas pada tahun 2021.
PACSU Kelantan