KELANTAN– Bapa kepada Pegawai Awam Polis Kontinjen Kelantan PF/18806 Nik Emi Safhaniza binti Nik Anuar ( AJK PACSU Kelantan ) yang bertugas di Pejabat Ketua Polis Kelantan , IPK Kelantan telah meninggal dunia pada 20.10.2021 jam 07.45 pagi bertempat di rumahnya Lot 92 Kampung Bukit Abal, 16810 Pasir Puteh, Kelantan. Arwah Haji Anuar bin Nik Yusoff berumur 79 tahun meninggal dunia kerana sakit tua. Jenazah dikebumikan pada hari yang sama selepas solat Zohor di Tanah Perkuburan Bukit Abal, Pasir Puteh, Kelantan. Didoakan semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang soleh dan salam takziah dari kami warga PACSU Cawangan Kelantan. Lawatan dihadiri daripada Ydh Dato’ Ketua Polis Kelantan dan PACSU Cawangan Kelantan di hadiri oleh Pengerusi PACSU Kelantan bersama tiga (3) ahli jawatankuasa yang lain.
HONEY DEW
PACSU Kelantan