Seremban, 23/12/2021 – PACSU Cawangan Negeri Sembilan diketuai oleh Pengerusi PACSU Cawangan Negeri Sembilan bersama barisan AJK PACSU Cawangan PACSU telah membuat lawatan kebajikan disamping membuat penyerahan sumbangan berupa wang ringgit yang telah disumbangkan oleh seluruh Pegawai Awam di IPK Negeri Sembilan, semua IPD Negeri Sembilan, Pulapol Air Hitam dan PSP Unit 7 Seremban kepada 4 orang Pegawai Awam PDRM Kontinjen Negeri Sembilan dan merupakan ahli PACSU yang mana mereka terlibat dengan musibah banjir di daerah Tampin dan Jelebu. Pengerusi PACSU juga telah menyampaikan Kotak Rezeki sumbangan dari Persatuan Amal Al- Baasith. Semoga dengan sumbangan yang disalurkan dapat meringankan lagi bebanan yang dihadapi oleh mereka. PACSU Cawangan Negeri Sembilan mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyumbang-penyumbang yang telah bersama-sama menjayakan misi ini.