Port Dickson, 15/12/2021 – PACSU Cawangan Negeri Sembilan telah dijemput oleh pihak CUEPACS Negeri Sembilan untuk turut serta dalam Seminar ini yang telah diadakan pada 14/12/2021 sehingga 15/12/2021 bertempat di Glory Beach Resort Port Dickson. Seminar ini telah dihadiri oleh Pengerusi PACSU Negeri Sembilan dan 2 orang Ahli Jawatankuasa PACSU NS.
Seminar ini diadakan bagi menerangkan cara pemakaian penjawat awam mengikut protocol yang bersesuaian dengan majlis berkaitan dimana tatacara pemakaian mestilah melambangkan diri seorang penjawat awam yang sotisfikated, segak dan bergaya. Majlis penutup dirasmikan oleh Ybhg Dato’ Haji Adnan Bin Mat Presiden CUEPACS Malaysia.