Seremban, 10/12/2021 – Bertempat di Royale Chulan Seremban telah diadakan Majlis Hi- Tea Pegawai Awam Kontinjen Negeri Sembilan anjuran PACSU Negeri Sembilan bersama Dato’ Ketua Polis Negeri Sembilan bermula jam 2.30pm sehingga 5.30pm.
Turut dihadiri oleh Ketua – Ketua Jabatan, Ketua Polis Daerah, Pegawai Kanan PACSU Pusat dan Pegawai Awam Kontinjen Negeri Sembilan dengan tema pakaian “RETRO”. Pada majlis ini juga diadakan penyampaian hadiah kepada pemenang Pertandingan Boling serta Piala Pusingan Pengerusi PACSU Negeri Sembilan. Pelbagai acara termasuklah cabutan bertuah serta persembahan nyanyian daripada wakil – wakil daerah. Jemputan khas persembahan dari PACSU Bukit Aman dipersembahkan bagi menghiburkan tetamu – tetamu jemputan.