Seremban, 02/12/2021 – Bertempat di Bilik Mesyuarat KJLOG IPK Negeri Sembilan telah diadakan mesyuarat khas AJK bagi persiapan majlis Hi – Tea Pegawai Awam Kontinjen Negeri Sembilan bersama Dato’ Ketua Polis Negeri Sembilan.
Mesyuarat membincangkan aturcara – aturcara dan susun atur program semasa Majlis yang telah ditetapkan pada 10/12/2021 di Royale Chulan Seremban Hotel bermula jam 2.30pm. Jemputan termasuklah Dato’ Ketua Polis dan Dato’ Timbalan Ketua Polis, Ketua – ketua Jabatan, Pegawai Kanan Pacsu, Ketua Polis Daerah dan Pegawai Awam Kontinjen Negeri Sembilan. Semoga majlis yang dirancang akan berjalan dengan lancar.