De Rhu Beach Resort, 22/11/2021 (Isnin) –Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Persidangan Perwakilan Tritahunan Pacsu Kali Ke-38, Pegawai Kanan Pacsu Bersama Ahli Jawatankuasa Pacsu Cawangan Pahang BIL.5/2021 telah diadakan di De Rhu Beach Resort, Pahang yang dipengerusikan oleh Ybrs. Sdra. Anuar bin Mamat, Presiden PACSU Malaysia.
Mesyuarat ini diadakan bagi membuat semakan , penyelarasan dan perlaksanaan akhir tugas – tugas setiap AJK Pacsu yang terlibat bagi menghadapi Persidangan Perwakilan Tri-Tahunan PACSU sesi 2021 – 2024 yang bakal berlangsung selama tiga hari berturut – turut bermula 23/11/2021 hingga 25/11/2021.