9.11.2021 (MITC) – CUEPACS Negeri Melaka telah mengadakan mesyuarat di Jabatan Perhilitan Negeri Melaka Menara Persekutuan MITC Ayer Keroh dan secara Google Meet bagi yang tidak boleh hadir ke mesyuarat. Agenda Mesyuarat adalah taklimat daripada Pengarah Perhilitan Negeri Melaka dan Taklimat daripada Setiausaha Agung CUEPACS En Abdul Rahman Bin Mohd Nordin bagi isu Semasa Penjawat Awam. Selain itu Perancangan Program CUEPACS Negeri Melaka yang bakal diadakan dalam masa terdekat. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh En Norman Bin Taib dan kehadiran semua kesatuan gabungan yang telah hadir secara bersemuka dan aplikasi Google Meet.