BANGSAR, KUALA LUMPUR, 06/10/2021 (Rabu) –Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Persidangan Perwakilan Tritahunan Pacsu Kali Ke-38, Pegawai Kanan Pacsu Bersama Ahli Jawatankuasa Pacsu Cawangan Pahang BIL.2/2021 telah diadakan di Pejabat PACSU, Bangsar, Kuala Lumpur yang dipengerusikan oleh Ybrs. Sdra. Anuar bin Mamat, Presiden PACSU Malaysia.
Antara isu – isu yang dibincangkan adalah berkenaan persiapan dan peranan ahli jawatankuasa secara lebih terperinci sempena Persidangan Perwakilan Tri-Tahunan PACSU sesi 2021 – 2024 yang akan diadakan di negeri Pahang. Presiden PACSU turut menyatakan akan membuat lawatan ke lokasi persidangan dijangka berlangsung iaitu di De Rhu Beach Resort , Kuantan, Pahang pada 18 Oktober 2021.