TARIKH: 10 OKTOBER 2021 (AHAD)
MASA: 0730HRS
TEMPAT: DATARAN UTAMA IPK TERENGGANU
10/10/2021 (Ahad) : Majlis Hari Sukan Negara Peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu telah diadakan pada 10 Oktober 2021 (Ahad) dihadiri oleh Pegawai Kanan Polis, PRP dan Pegawai Awam IPK Terengganu dan IPD Kuala Terengganu.
Hari Sukan Negara telah dirasmikan YDH DCP Dato’ Rohaimi bin Md Isa, Ketua Polis Terengganu. Majlis dimulakan dengan nyayian Lagu Negaraku dan Sang Saka Biru, bacaan doa, gimik perasmian dan aktiviti Fun Ride serta diakhiri senamrobik.
Pengerusi PACSU Cawangan Terengganu telah turut sama hadir ke majlis tersebut. Majlis telah di akhiri dengan nyanyian lagu sedia berkhidmat.