MESYUARAT AJK PACSU KELANTAN BIL. 01 SESI 2021/2024

KELANTAN- 16.08.2021 ( Isnin ) Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PACSU Cawangan Kelantan kali pertama Sesi 2021/2024 telah diadakan dengan kehadiran seramai 18 AJK secara maya/dalam talian pada jam 1100 pagi. Mesyuarat ini diadakan adalah untuk memperkenalkan AJK baru dan sesi suai kenal diantara ajk baru dan lama. Bak kata pepatah tiada yang lama tiadalah yang baharu, yang patah tumbuh hilang berganti bermaksud terus menerus ada gantinya. Agenda mesyuarat ini juga membincangkan tentang isu-isu semasa dalam kesatuan PACSU Kelantan dan topik utama adalah isu Perwakilan bagi tahun ini yang bakal diadakan di Kuantan, Pahang. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.00 tengahari.

Honey Dew

PACSU Kelantan

 

 

 

,