KELANTAN – Ahad PACSU Kelantan telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Ketua Polis Kelantan pada 19 September 2021 jam 1030 pagi bagi menyampaikan cenderahati yang berupa produk makanan sunnah kepada Ydh Dato Ketua Polis Kelantan. Rombongan di sertai oleh Setiausaha PACSU Cawangan berserta 2 orang Ahli Jawatankuasa iaitu PF 16905 Noor Ilham binti Awang dan PF 18733 Nora binti Mohamad.
Sesi kunjungan hormat ini diadakan sebagai tanda terima kasih dan penghargaan di atas segala jasa dan keprihatinan Ydh Dato Ketua Polis Kelantan, Khususnya dalam menjaga kebajikan Pegawai Awam Polis di Kontinjen Kelantan.
PACSU Kelantan percaya kolaborasi yang baik diantara Pegawai Awam dengan pucuk pimpinan tertinggi kontinjen akan dapat mewujudkan suasana yang lebih positif dalam pasukan bak kata pepatah ” bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muakfakat”.
PACSU Kelantan