IPK PAHANG, 15/9/2021 (Rabu) – Mesyuarat Khas Ajk Cawangan PACSU Pahang bersama Pegawai Kanan PACSU Malaysia Bil. 1/2021 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kontinjen Pahang, Tingkat 7, IPK Pahang yang dipengerusikan oleh Ybrs. Sdra. Anuar bin Mamat, Presiden PACSU Malaysia.
Presiden PACSU telah menyampaikan taklimat dan amanat kepada Ahli Jawatankuasa PACSU Cawangan Pahang yang telah hadir perjumpaan tersebut. Turut dibincangkan adalah mengenai persiapan dan pembahagian tugas sempena Persidangan Perwakilan Tri-Tahunan PACSU sesi 2021 – 2024 yang akan diadakan di negeri Pahang.