IPK Pahang, 09/9/2021 (Khamis) – Mesyuarat AJK PACSU Cawangan Pahang Bil. 2/sesi 2021-2024 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Baka, Tingkat 1, Kompleks PDRM Alor Akar pada jam 2.30 petang. Mesyuarat ini telah membincangkan beberapa persiapan dan pembahagian tugas sempena Persidangan Perwakilan Tri-Tahunan PACSU sesi 2021 – 2024 . PACSU Pahang telah dilantik sebagai tuan rumah bagi persidangan tersebut yang dijangka akan diadakan pada 22 hingga 25 November 2021.