MESYUARAT AGUNG (AGM) PACSU CAWANGAN KELANTAN KALI KE 50 TAHUN

KELANTAN- 29.07.2021 ( KHAMIS ), MESYUARAT AGUNG PACSU CAWANGAN KELANTAN KALI KE-50 TELAH DIADAKAN PADA 29 JULAI 2021 SECARA DALAM TALIAN. SESI MESYUARAT YANG DIADAKAN DI BILIK MESYUARAT EKSEKUTIF (BME) IBU PEJABAT POLIS KONTINJEN KELANTAN TURUT DI SAMBUNG SIAR KE SELURUH KONTINJEN KELANTAN SERTA DI PANTAU DAN DI BANTU OLEH PACSU PUSAT. MESYUARAT TERSEBUT TELAH DI HADIRI SERTA DIIKUTI OLEH SERAMAI 136 AHLI DARI PELBAGAI FORMASI DI SELURUH KELANTAN TERMASUK SECARA BERSEMUKA DAN JUGA DALAM TALIAN.

MAJLIS DIRASMIKAN OLEH YDH  COMMISIONER POLICE DATO’ SHAFIEN BIN MAMAT, KETUA POLIS KELANTAN BERMULA PADA JAM 0830 HRS DAN BERAKHIR PADA JAM 1300HRS. PELBAGAI ISU DAN PERMASALAH TELAH DIBINCANGKAN TERUTAMANYA BERKAITAN KEBAJIKAN AHLI, PERKHIDMATAN DAN LAIN-LAIN.

DALAM SESI MESYUARAT PADA KALI INI, PEMILIHAN PEGAWAI DAN JUGA AHLI JAWATANKUASA PACSU CAWANGAN KELANTAN TELAH DIADAKAN. TIADA PENGUNDIAN DIJALANKAN  MEMANDANGKAN TERDAPAT 6 PENCALONAN BARU DAN CUKUP UNTUK MENGGANTIKAN KEKOSONGAN  6 PEGAWAI DAN AHLI JAWATAN KUASA KESATUAN YANG TELAH BERSARA / BERTUKAR JABATAN.

SEMOGA PACSU KELANTAN DI BAWAH PIMPINAN Ybrs PUAN HUSLINAWATI BINTI HUSSIN AKAN LEBIH CEMERLANG BAGI SESI 2021-2024 DENGAN BARISAN PEGAWAI / AHLI JAWATANKUASA  YANG SENTIASA KOMITED DALAM MENJALANKAN TUGAS YANG TELAH DIMANAHKAN.

PACSU Kelantan

 

 

 

,