SUMBANGAN BAKUL MAKANAN PROGRAM TERIMA KASIH FRONTLINER SIRI 01/2021

KELANTAN– Akibat ancaman pendemik Covid 19 yang melanda negara, ramai ahli keluarga di kalangan warga PACSU Kelantan yang terkesan. Oleh yang demikian, PACSU Kelantan telah mengeluarkan sumbangan bakul makanan bagi Program Terima Kasih FRONTLINER Siri 01/2021 di Sekatan Jalan Raya (SJR) Bukit Yong, IPD Pasir Puteh, Kelantan pada 14.07.2021.

Ahli Jawatankuasa yang turun padang terlibat secara langsung pada program tersebut adalah Pengerusi PACSU Kelantan sendiri PF/18308 Puan Huslinawati binti Husain dan PF/ 19758 Puan Tuan Norwina binti Tuan Soh. Disebalik tabir kejayaan program ini adalah usahasama keseluruhan gembleng tenaga semua para AJK PACSU Kelantan yang sangat komited dalam setiap program yang dijalankan. Terima kasih diucapkan kepada semua AJK yang terlibat serta kepada semua penyumbang terutama Restoran BOX26 Pasir Pekan yang bermurah hati menyumbangkan infaq makanan berupa nasi ayam. Semoga kalian dimurahkan rezeki dan sentiasa dalam rahmat Allah SWT aamiin.

Honey Dew

PACSU Kelantan

,