PROGRAM TERIMA KASIH FRONTLINER SIRI 2/2021 ANJURAN PACSU KELANTAN

KELANTAN – Penyampaian sumbangan bakul makanan kepada mangsa Covid 19 (pegawai awam polis ) yang positif pada gelombang pertama telah diadakan di Balai Polis Tanah Merah, SJR Jambatan Kusial Tanah Merah dan SJR Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan. Program Terima Kasih Frontliner Siri 02//2021 ini telah berjalan lancar dengan jayanya pada 15.07.2021(Khamis). Ahli Jawatankuasa PACSU Cawangan Kelantan yang terlibat secara langsung pada program tersebut adalah seramai lima (5) orang.

Objektif Program Terima Kasih Frontliner ini diadakan sebagai tanda sokongan dan terima kasih PACSU Cawangan Kelantan kepada petugas barisan hadapan khususnya warga PDRM yang sangat komited dalam menjalankan tugas. Program ini juga sebagai tanda kolaborasi yang berterusan diantara Pegawai Awam dengan Pegawai dan Anggota PDRM.

Program penyerahan bakul makanan kepada ahli PACSU adalah tanda prihatin kesatuan kepada ahli yang ditimpa musibah. PACSU Kelantan sentiasa peka dalam menjaga kebajikan ahli-ahlinya.

Honey Dew

PACSU Kelantan

 

,