KELANTAN- 26.07.2021 bertempat di Bilik Mesyuarat Kewangan IPK Kelantan telah diadakan satu Mesyuarat AJK PACSU Kelantan pada jam 1100 pagi. Mesyuarat ini juga dijalankan secara maya bagi AJK yang berada diluar kawasan/daerah. Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk membuat persiapan atau palarasan AGM bagi tahun 2021 supaya lebih konsisten dan teratur memandangkan mesyuarat kali ini bukanlah secara bersemuka seperti biasa. Mesyuarat yang bakal diadakan kali ini adalah secara maya atas talian ( GOOGLEMEET), hanya Ahli Jawatankuasa sahaja yang akan hadir bersemuka di IPK Kelantan dengan mengamalkan SOP dan garis panduan yang ditetapkan.
AJK terlibat membuat pengesahan nama-nama pengira undi dan audit untuk buat semboyan pelepasan tugas pada 29.07.2021. Nama yang tercalon bagi pemeriksa kertas undi adalah 1) PF 17973 Siti Amizah bt Yaacob ( Cawangan Khas IPK KN), 2) PF18482 Haliza bt Abdul Rahman (JIPS IPK KN), 3) PF 17257 Ya’acob bin Masaud (Cawangan Perkhd/Perj. IPK KN) dan 4) PF 17450 Noraidah bt Mat Salleh (Cawangan Perkhd/Perj. IPK KN). Agenda mesyuarat berkaitan Mesyuarat Pelarasan AGM yang bakal diadakan pada 29.07.2021 (Khamis). Mesyuarat ditangguhkan pada jam 0100 tengahari.
Honey Dew
PACSU Kelantan