MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PACSU CAWANGAN BUKIT AMAN KALI KE-70

BACKDROP MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2021

IPP Bukit Aman, 30 Julai 2021 (Jumaat) – Mesyuarat Agung Tahunan PACSU Cawangan Bukit Aman Kali Ke-70 telah dijalankan secara maya dari Bilik Mesyuarat Jabatan Logistik dan Teknologi, Tingkat 16, Menara 1, IPP Bukit Aman dengan menggunakan platform Google Meet. Mesyuarat Agung yang dirasmikan oleh Saudara Anuar bin Mamat, Presiden PACSU Malaysia; turut dihadiri oleh Barisan Kepimpinan Tertinggi PACSU Malaysia.

Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-70 ini dipengerusikan oleh Pengerusi PACSU Bukit Aman, Saudari Isnaini binti Mustafa, dan dihadiri oleh 177 ahli PACSU Bukit Aman di atas talian. Mesyuarat ini diadakan bagi membentangkan Laporan Tahunan Sesi 2020/2021 oleh Setiausaha PACSU Cawangan Bukit Aman dan Bendahari PACSU Cawangan Bukit Aman. Selain itu, keputusan pemilihan bagi Jawatankuasa PACSU Cawangan Bukit Aman bagi Sesi 2021-2024 turut diumumkan. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1800hrs.

photo1629956401 (3)       photo1629956401 (5)

photo1629956401 (6)       photo1629956401

,