KELANTAN-13 JUN 2021 , Vaksin bantu pulihkan semula ekonomi negara rujukan berkait sumber Berita Harian bertarikh 21.02.2021. Fasa penting ini adalah permulaan usaha gerakan pelalian kira-kira 80 peratus rakyat negara ini yang bermula 26.02.2021 yang dilakukan secara berperingkat mengikut kelompok rakyat dengan didahului petugas barisan hadapan.
Kejayaan kempen pelalian ini mempunyai hubungan yang amat kuat dengan pemulihan semula ekonomi yang terjejas berikutan penularan pandemik di seluruh dunia sejak lebih setahun lalu. Dr Sazaly Abu Bakar, Pakar VIROLOGY Universiti Malaya berkata pemberian vaksin mampu lindungi orang ramai daripada jangkitan lebih teruk. Pemberian vaksin mampu berperanan sebagai psikologi positif untuk menggalakkan semula perkembangan ekonomi yang mampu membantu rakyat ekoran adanya keyakinan dalam aspek kesihatan lebih baik serta mampu mengembalikan rutin kehidupan normal khususnya dalam menggerakkan sektor ekonomi apabila ia berjaya mencapai imuniti kelompok.
Setakat hari ini PACSU Cawangan Kelantan dengan kerjasama Kebajikan Kontinjen Kelantan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah berjaya membuat pemberian vaksin kepada petugas barisan hadapan ( pegawai awam polis) secara berperingkat. Pegawai Awam Polis (PAP) juga turut terdedah kepada risiko dijangkiti virus Covid19 ini dimana sebahagian besar terlibat secara penuh berhadapan dengan anggota yang bertugas di lapangan dan orang awam.
HoneyDew
PACSU Kelantan