30.04.2021 JUMAAT ( MELAKA ) – Julung – julung kalinya PACSU Cawangan Melaka telah dijemput untuk menghadiri Majlis Iftar Ramadhan PDRM Melaka Besama T.Y.T Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Seri Setia (DR) Haji mohd Ali Bin Rustam. Majlis Iftar ini telah diadakan di Surau Perumahan Polis Seri Temengong Bukit Baru Melaka. Majlis Iftar ini telah dihadiri juga Ketua Menteri Melaka YAB Datuk Seri Utama (DR) Haji Sulaiman Bin Md Ali, YDH Dato Abdul Majid Bin Mohd Ali Ketua Polis Melaka , YDH Tuan Razali bin Abu Samah Timbalan Ketua Polis Melaka, Ketua Jabatan dan yang diraikan. Majlis dijalankan mengikut SOP yang tlah ditetapkan.