Ipoh, 14 April 2021 – Satu lawatan kebajikan telah dilaksanakan oleh wakil AJK PACSU terhadap salah seorang AJK PACSU iaitu Saudari Nuruaini binti Ishak yang bertugas di PSP Unit 5 Ipoh, Perak.
Rumah bapa beliau telah dilanda ribut pada 14 April 2021 sekitar jam 3 petang. Kejadian telah menyebabkan pokok tumbang dan kerosakan pada bahagian atap rumah. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.