15 April 2021 (Muar) – PACSU Cawangan Melaka telah terpilih untuk menerima Geran Pembangunan Kesatuan Sekerja (GPKS) Zon Selatan diantara Kesatuan yang telah berdaftar dibawah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Melaka dan Negeri Sembilan yang telah dihadiri Pengerusi PACSU Cawangan Melaka Sdr. Syed AHmad Bin Syed Shahardin Dan Setiausaha PACSU Cawangan Melaka Sdri Aishah Binti Othman. PACSU Cawangan Melaka telah berjaya mendapat Geran Pembelian Komputer bernilai RM 5000.00 . Majlis ini telah berlangsung dengan jayanya di Muar Traders, Hotel Johor yang di sempurnanya perasmian oleh YBHG. Dato Jamil Bin Rakon Ketua Kementerian Sumber Manusia.
Sebelum Majlis Perasmian semua kesatuan telah diberikan Taklimat Geran Pembangunan Kesatuan (GPKS) oleh Cik Hasnooriza Nadia Binti Husin JHEKS ibu pejabat dan Ceramah Kesatuan Sekerja Oleh Puan Shuhaida Binti Kassim JHEKS Melaka dan Negeri Sembilan. Selepas majlis perasmian telah berlangsung Majlis Tazikirah oleh Uztaz Che Nur Azizi Aizuddin Bin Che Kadir sebelum Majlis Berbuka Puasa.