IPK Pahang, 31/3/2021 (Rabu) – Mesyuarat AJK PACSU Cawangan Pahang Bil. 3/sesi 2020-2021 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Baka, Tingkat 1, Kompleks PDRM Alor Akar pada jam 3.00 petang. Mesyuarat ini telah membincangkan beberapa persiapan dan pembahagian tugas sempena Mesyuarat Agung Tahunan PACSU Cawangan Pahang yang dijangka dibuat pada pertengahan bulan Jun dan beberapa lagi aktiviti PACSU Cawangan Pahang yang akan datang.