Seremban, 06/04/2021 – Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PACSU Cawangan Negeri Sembilan kali ke 70 bagi sesi tahun 2021 – 2024 yang telah diadakan di Palm Hotel Seremban pada 06/04/2021 bermula jam 12.00 tengah hari yang dirasmikan oleh Ketua Polis Negeri Sembilan YDH DCP Dato’ Mohamad Bin Mat Yusop. Turut hadir Presien PACSU Malaysia SDRA Anuar Bin Mamat dan barisan AJK tertimnggi PACSU pusat, Ketua – Ketua Jabatan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan, Ketua – Ketua Polis Daerah Negeri Sembilan, Pengerusi PACSU Cawangan Negeri Sembilan Puan Marinee Binti Mohamad dan barisan AJK negeri, Pengerusi CUEPACS Negeri Sembilan SDRA Solihuddin Bin Jamaludin dan ahli – ahli PACSU daerah.
Pada hari itu juga telah diadakan pengiraan undi bagi yang bertanding untuk jawatan tertinggi PACSU NS dan keputusan telah diumumkan selepas sahaja mesyuarat selesai. Pengiraan berjalan dengan lancar dan barisan baru bagi PACSU Cawangan Negeri Sembilan bagi sesi 2021 – 2024 telah pun terbentuk. Majlis juga meraikan kepada ahli PACSU Cawangan Negeri Sembilan yang akan bersara dalam perkhidmatan, ahli yang telah bertukar jabatan, pemberian Program Agihan Rezeki Umat dari CUEPACS, pemberian sijil penghargaan dari PACSU Pusat kepada Pengerusi dan barisan AJK PACSU Cawangan Negeri Sembilan, pemberian cenderahati kepada tetamu – tetamu kehormat serta diadakan cabutan bertuah.
Sambutan kehadiran amat menggalakan dari ahli – ahli PACSU Cawangan Negeri Sembilan dan majlis berjalan dengan penuh kemeriahan serta mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar dan jamuan makan.