Seremban, 25/03/2021 – Sambutan Hari Polis ke 214 disambut secara sederhana pada tahun ini diseluruh Kontinjen khususnya Kontinjen Negeri Sembilan dimana sambutan diadakan diseluruh daerah – daerah mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
Walaupun negara masih dilanda pandemic COVID 19, sambutan tetap diteruskan dan semoga Pegawai dan anggota serta Pegawai Awam PDRM sentiasa dikurniakan kesihatan dan didoakan keselamatan diri dan keluarga. Tahniah kepada Pegawai Awam Kontinjen dan juga yang bertugas di daerah yang telah mendapat surat penghargaan daripada Ketua Polis Negeri dan Ketua Polis Daerah. “POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA”