11 Mac 2021 (MELAKA) – Sempena Israk Mikraj 1422H/2021M, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard IPK Melaka dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Melaka dan PACSU Cawangan Melaka telah menganjurkan Ceramah bertajuk REJAB… JANGAN PERGI bertempat di Auditorium IPK Melaka. Program ini telah dihadiri oleh Timbalan Ketua Polis Melaka, Ydh SAC Dato’ Sharul Lalli bin Masduki, Pengerusi PACSU Cawangan Melaka En Syed Ahmad Bin Syed Shahardin , Naib Pengerusi PERKEP Kontinjen Melaka, Ybhg Datin Rokiah binti Zainudin, Pegawai-Pegawai Kanan Polis, Pegawai-Pegawai Pangkat Rendah, Pegawai-Pegawai Awam dan Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Melaka serta Ahli PACSU Cawangan Melaka.
Objektif Program adalah bagi memperingati Hari Kebesaran Islam Israk Mikraj, mendidik jiwa warga PDRM agar lebih cintakan Nabi Muhammad S.A.W serta mengamalkan sunnahnya. Firman Allah di dalam Surah Al-Israk ayat 1: “Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari, dari Masjid Al-Haram (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” Ceramah telah disampaikan oleh Ybhg. Ustaz Che ZamZam bin Che Man daripada Jabatan Agama Islam, Melaka.
Program berjalan dengan lancar serta mengikut SOP PKPP yang telah ditetapkan.