Seremban, 03/03/2021 – Bertempat di Bilik Mesyuarat Ketua Jabatan Pengurusan IPKNS, telah diadakan mesyuarat AJK PACSU NS yang dipengerusikan oleh Pengerusi PACSU dan dihadiri oleh Setiausaha, Bendahari serta barisan AJK lantikan daerah – daerah. Mesyuarat membincangkan perkara untuk diadakan Mesyuarat Agung PACSU NS yang telah dipersetujui diadakan pada 06/04/2021 bertempat di IPKNS. Mesyuarat Agung kali ini turut diadakan pemilihan semula barisan lantikan PACSU NS setelah tamat penggal 3 tahun sesi 2018 / 2021.
Selain daripada itu, turut dibincangkan program – program serta aktiviti – aktiviti yang akan diadakan pada tahun 2021 dan berharap segala perancangan akan diteruskan walaupun sekarang ini dikekang oleh pandemik COVID – 19 mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan.