LAWATAN PRIHATIN PEGAWAI AWAM POLIS OLEH YDH DATO’ KETUA POLIS KELANTAN

Kota Bharu, Kelantan 07 Mac 2021 Ahad- Satu Program Lawatan Prihatin Pegawai Awam Polis oleh Ydh Dato’ Ketua Polis Kelantan bersama Kepimpinan PACSU Cawangan Kelantan telah diadakan pada jam 3.00 petang.

Rumah pertama dilawati adalah di lokasi 5412-D, Jalan Sultan Yahya Petra, 15150 Kota Bharu, Kelantan. Pesakit mengalami Major Stroke bernama En. Shamsudin bin Abu Bakar iaitu suami kepada AJK PACSU Kelantan PF/ 16908 Noor Ilham binti Awang yang berkhidmat di Unit BAKA, IPD Pasir Mas, Kelantan. Rumah seterusnya adalah ahli PACSU sendiri bernama PF/18156 Nur Fadzli bin Abdullah, bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK Kelantan yang menghidap komplikasi pembedahan jantung di Lot 444 Jalan Tanjung 11, Taman Tanjung Chat, Kota Bharu, Kelantan.

PACSU Cawangan Kelantan selaku penganjur program merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas kesudian Ydh Dato’ Ketua Polis Kelantan, Ketua Jabatan, Ketua Polis Daerah, Pegawai- Pegawai Kanan Polis dan semua yang telah menjayakan program ini.

HoneyDew

PACSU Kelantan

 

 

,