MESYUARAT AJK PACSU CAWANGAN KELANTAN SESI 2020/2021 BIL.01/2021

Kota Bharu, Kelantan 10/01/2021 – Satu Mesyuarat AJK PACSU Cawangan Kelantan bagi pembukaan tahun baharu 2021telah diadakan dengan jayanya pada 10/01/2021 (Ahad) pada jam 11.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Kewangan, IPK Kelantan dengan kehadiran AJK seramai 14 orang.

Agenda yang dibentangkan adalah seperti Mesyuarat KKS pada 23/12/2020, hadiah perkahwinan anak KJP, Program Jalinan Kasih Rumah Anak yatim, Mesyuarat Khas EXCO PACSU pada 13/01/21 yang akan diadakan di Kuala Lumpur, cadangan untuk buat baju Koperat baharu bagi AJK PACSU Kelantan tahun 2021, Mesyuarat Bersama Jabatan pada 13/01/2021 dan akhir sekali agenda utama adalah cadangan kertas kerja Majlis HiTea Pegawai Awam PDRM Kelantan bersama YDH DATO’ Ketua Polis Kelantan Sempena Hari Polis Peringkat Negeri Kelantan bagi tahun 2021. Tepat jam 12.45 tengahari majlis bersurai.

HoneyDew

Pacsu Kelantan

 

,