Seremban, Negeri Sembilan 29/12/2020 – Mesyuarat AJK Bil 4/2018 – 2021 yang dipengerusikan oleh Pengerusi PACSU Negeri Sembilan dan turut hadir Setiausaha serta barisan AJK lantikan daerah telah diadakan di Restoran Teratai Indah Seremban. Mesyuarat membincangkan aktiviti – aktiviti serta perancangan program yang akan dijalankan pada tahun 2021.
Majlis jamuan pertukaran En Farhan dan juga Puan Maisarah yang masing – masing bertukar ke IPK Melaka dan juga Jabatan Pendaftaran Negara N. Sembilan turut diraikan sejurus selepas mesyuarat AJK selesai. Semoga terus sukses di tempat baru dan selamat maju jaya.