Kuala Pilah, 23/12/2020 – Majlis Hi – Tea Sanjungan Budi Lambaian Kasih sempena persaraan dan ramah mesra Pegawai Awam IPD Kuala Pilah, Negeri Sembilan telah diadakan di Hotel Desa Inn dihadiri oleh SUPT Amran Bin Hj Mohd Ghani, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan, wakil Ketua Bahagian Pengurusan Daerah, ASP Zakiah Aisyah serta Pegawai Awam IPD Kuala Pilah.
Majlis bertujuan merapatkan tali persaudaraan di antara pimpinan PDRM dan juga Pegawai Awam di IPD Kuala Pilah beserta dapat berkongsi info – info dan arahan – arahan terkini dari pucuk pimpinan PDRM khususnya.